Artikel

Nasib Pekerja Malaysia Di Singapura Akan Dibela – Kementerian Sumber Manusia

Kerajaan kini beri jaminan kepada nasib rakyat Malaysia yang telah kehilangan pekerjaan di Singapura.

Sebelum ini, Singapura telah mengumumkan alami kemelesetan ekonomi yang teruk sejak sedekad lalu. Kenyataan itu secara terus telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di sana.

Susulan itu, Kementerian Sumber Manusia negara telah bersetuju untuk membuka peluang pekerjaan kepada kumpulan ini.

Malah, jaminan ke atas pasaran pekerjaan akan dipertingkatkan lagi, berikutan kerajaan kini telah mengehadkan kemasukan pekerja asing terhadap tiga sektor sahaja iaitu pembinaan, perladangan dan pertanian.

Setakat ini, pihak kerajaan bersama Singapura masih lagi meneliti kaedah terbaik dalam membantu meningkatkan pasaran pekerjaan. Ini turut merangkumi kaedah pengurangan kadar pengganguran negara yang semakin meruncing.