Setelah lebih dari satu dekad, buat pertama kalinya Singapura mengalami kemelesetan ekonomi.
Menurut Kementerian Perdagangan Singapura, penguncupan pada suku kedua pertumbuhan ekonomi negara tersebut telah mencatatkan 41.2%. Ini merangkumi penyusutan ekonomi sejak April hingga Jun 2020 lalu dengan catatan 12.6%.
Penurunan angka tersebut telah didorong faktor langkah keselamatan yang di ambil Singapura pada 7 April sehingga 1 Jun untuk menyelamatkan ekonomi negara ketika krisis COVID-19 berlaku.
Malah penurunan ini turut dikaitkan dengan permintaan ekonomi yang lemah, di mana rata-rata premis perniagaan terpaksa dihentikan seketika dan premis perkhidmatan terpaksa mengalami penangguhan operasi.