Artikel

Enggan Bayar Kos Kuarantin, Pas Kemasukan Warga Asing Akan Dibatalkan

Ketidakpatuhan warga asing dalam membayar kos kuarantin, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan bertindak membatalkan Pas Lawatan Jangka Panjang mereka.

Menurut kenyataan JIM tindakan tegas itu dilakukan akibat keengganan mereka mematuhi peraturan Kerajaan Malaysia.

Sebelum ini, pihak kementerian telah mula mewajibkan semua rakyat malaysia dan warga asing yang tiba di negara perlu menanggung keseluruhan kos kuarantin, ini termasuklah kos ujian saringan COVID-19.

Bagaimanapun, keengganan warga asing akan peraturan tersebut membawa kepada amaran pembatalan pas kemasukan.

Antara jenis pas lawatan yang terlibat adalah Pas Suami atau Isteri warganegara,Pas Lawatan Kerja Sementara, Pas Lawatan Ikhtisas, Pas Pengajian,dan Pas Malaysia My Second Home.

Warga asing dan rakyat tempatan yang pulang semula ke tanah air disarankan untuk mematuhi arahan semasa berhubung pencegahan krisis COVID-19.