Selaras dengan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenakan bayaran (fi) ke atas ujian pengesanan COVID-19 di pintu masuk antarabangsa dan fasiliti KKM.
Pelaksanaan ini telah mula berkuat kuasa sejak 29 Jun lalu.
Di mana rakyat Malaysia dan warga asing dikehendaki membayar fi bagi ujian pengesanan COVID-19 terlebih dahulu sebelum memperolehi pelepasan imigresen di mana-mana pintu masuk negara. Terdapat tiga jenis ujian pengesanan COVID-19 yang boleh dilakukan.
- Tindak Balas Berantai Polimerase – RM150 (warganegara), RM250 (warga asing)
- Kit Ujian Pantas Antigen – RM60 (warganegara), RM120 (warga asing)
- Kit Ujian Pantas Antibodi – RM30 (warganegara), RM60 (warga asing)
Pengenaan bayaran ini juga turut merangkumi mana-mana ujian pengesanan COVID-19 yang terdapat di hospital kerajaan atau mana-mana fasiliti KKM yang terpilih.
Bagaimanapun, bagi warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelajar di luar negara akan diberi pengecualian berdasarkan surat sokongan pelepasan perjalanan mereka.