Artikel

Selangor Akan Edar Pelitup Muka Boleh Guna Semula Secara Percuma Untuk Pelajar Sekolah

Bermula 1 Ogos, kerajaan akan menguatkuasa peraturan untuk memastikan semua memakai pelitup separuh muka di kawasan sesak, sekaligus membendung penularan pandemik Covid-19.

Selari dengannya, kini kerajaan Selangor mengumumkan bakal mengedarkan pelitup separuh muka daripada jenis boleh guna semula secara percuma kepada sekitar sejuta pelajar sekolah.

Pelitup separuh muka tersebut akan diedarkan kepada sekolah rendah, menengah, dan sekolah agama kerajaan persekutuan dan negeri.

Penawaran ini akan ditawarkan kepada semua pelajar, dengan keutamaan diberikan kepada pelajar daripada keluarga kelompok B40.