Sektor perbankan kini dianggarkan mengalami kerugian sekitar RM6.4 bilion ketika tempoh pelaksanaan moratorium dilakukan.
Kenyataan ini telah diberikan oleh Tengku Zafrul, Menteri Kewangan sewaktu menjawab pertanyaan sidang Parlimen hari ini (27 Julai).
Catatan tersebut dianggarkan berdasarkan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) bagi tempoh pelaksanaan moratorium pada bulan April hingga September.
Malah menurutnya lagi, buat masa ini pihak kerajaan masih lagi sedang meneliti berkenaan bantuan susulan kepada rakyat. Tumpuan akan lebih diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Ini kerana mulai Oktober 2020, pembayaran semula pinjaman akan mula dilakukan.