Artikel

Peningkatan Kes COVID-19 Dorong Kemboja Isytihar Larangan Sementara Penerbangan Malaysia

Kemboja kini menguatkuasakan larangan sementara ke atas semua penerbangan dari Malaysia dan Indonesia, bermula 1 Ogos ini.

Menurut kementerian kesihatan Kemboja, keputusan itu diambil berikutan peningkatan kes yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah negara.

Setakat ini, seramai 55 penumpang negara tersebut telah disahkan positif COVID-19 selepas tiba dari Malaysia. Kenyataan itu secara tidak langsung memberi risiko kepada negara mereka.

Rentetan itu, tindakan tersebut adalah wajar bagi mengekang penularan COVID-19.

Untuk makluman, kerajaan Malaysia hari ini akan berkongsikan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya angka kes positif Covid-19 mencecah tiga angka.

Pengumuman tersebut dilakukan selepas melihat kes meningkat selama empat hari berturut-turut – salah satu sebabnya adalah kerana kealpaan orang ramai dalam menjarak jarak, dan tidak mematuhi SOP yang dibenarkan.