Artikel

Kerajaan Akan Laksana Semula PKP Sekiranya Kes Covid-19 Cecah Tiga Angka

Lanjutan daripada semalam, hari ini kerajaan berkongsi mengatakan bakal melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya angka kes positif Covid-19 mencecah tiga angka.

Sebelum ini, PKP telah dilaksanakan sejak bulan Mac 2020 lepas, sebelum dilonggarkan kepada PKP Bersyarat, dan kini dalam fasa PKP Pemulihan.

Pengumuman ini dilakukan selepas melihat kes meningkat selama empat hari berturut-turut – salah satu sebabnya adalah kerana kealpaan orang ramai dalam menjarak jarak, dan tidak mematuhi SOP yang dibenarkan.

Kerajaan juga dilihat sedang memantau keadaan, dan bakal mengadakan mesyuarat khas membincangkan berkenaan dengannya.

Buat masa ini, pergerakkan rentas negeri masih dibenarkan, melainkan terdapatnya pengumuman lain esok.