Artikel

SOP Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Akan Diketatkan Semula

Kerajaan hari ini telah bersetuju untuk mengetatkan semula SOP (Prosedur Operasi Standard) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Langkah ini diambil kerajaan dalam usaha untuk mengawal kembali penularan wabak Covid-19 yang meningkat dalam tempoh hampir seminggu ini.

Sebelum ini, SOP telah dilonggarkan sedikit sejak PKP Pemulihan dilaksanakan sejak bulan Jun 2020 lepas. Walaupun pelbagao kaedah telah diterapkan, namun masih terdapat beberapa premis dan sebagainya yang tidak mematuhi penuh arahan yang telah ditetapkan.

Jawatankuasa teknikal dijangka akan berbincang esok berkaitan SOP baru, dan ia dijangka akan dibentangkan pada mesyuarat menteri-menteri pada hari Isnin kelak.

Pada masa yang sama, kerajaan turut akan memutuskan berkaitan SOP untuk sambutan Aidiladha pada mesyuarat hari Isnin kelak.