Artikel

Kes Aktif Semakin Meningkat, Rakyat Harus Peduli

Sehingga 24 Julai 2020, terdapat 21 kes baharu yang telah dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,861 kes, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 161 kes.

Ini merupakan sebuah trend yang semakin meningkat.

Jumlah kes positif di Malaysia sehingga kini adalah 8,861 kes. Dari populasi 30 juta, ini menggambarkan sebuah situasi di mana hanya 3 dalam 10,000 orang di Malaysia pernah dijangkiti virus SARS-CoV-2 ini.

Covid Meningkat

Walaupun ini sebuah angka yang sangat memberansangkan, namun ramai antara kita yang sudah leka dengan kepatuhan arahan pihak berkuasa.

Kerajaan sudah mengarahkan orang ramai supaya patuh dengan garis panduan kesihatan yang jelas. Ia dimudahkan dengan perkataan S.O.P.

S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);

O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;

P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

Namun kebiasaan terdahulu telah kembali membelenggu rakyat jelata.

Pada lewat semalam, tinjauan Rnggt.com ke beberapa tempat perjumpaan orang ramai di sekitar ibu kota mendapati bahawa ramai yang tidak patuh dengan penjarakkan sosial. Di sebuah tempat makan contohnya, tinjauan kami mendapati ramai yang masih bersalaman dan berpelukan.

Walaupun Malaysia diketahui am sebagai sebuah masyarakat yang ramah mesra, isunya di sini adalah keadaan pendemik memaksa kita untuk terus berwaspada dan ingat-mengingati orang ramai agar terus kekal menghayati SOP arahan pihak berkuasa.

Rentetan rencana ini bukan berniat untuk berleter, tetapi ingin berbentuk sebuah peringatan.

Virus masih ada, dan kelakuan kita untuk mengekang penularan ini masih lagi di tangan kita. Jangan sampai suatu masa di mana kita hilang kawalan.

Kekalkan penjarakkan sosial, kerap basuh tangan, dan terus duduk di rumah jika tiada urusan di luar.

Semoga semua sihat selalu.