Artikel

Khidmat Penstriman Terbaharu Di Malaysia Bakal Diumumkan 16 Julai ini

Nurflix, sebuah platform penstriman tempatan dijangka akan diumumkan 16 Julai ini.

Platform berteraskan panduan akidah dan syariah ini dilihat akan menampilkan pelbagai kandungan digital seperti drama, dokumentari, bual bicara dan filem seperti medium penstriman lain.

Namun apa yang menarik adalah dibawah platform ini terdapat bahagian pemantau yang dikenali sebagai Nurpath yang mana akan meneliti dan semakan kandungan pemaparan sebelum diudarakan.

Bagaimanapun pelancaran ini telah menimbulkan pelbagai persoalan – di mana sebelum ini umum ketahui penstriman tempatan – iFlix telah dibeli Tencent berikutan persaingan yang terlalu sengit dalam arena penstriman.

Tindakan penyertaan iFlix ini dilihat sebagai usaha Tencent meningkatkan pengllibatannya di Asia Tenggara.

Nurflix dilancarkan ketika suasana ekonomi tempatan untuk industri media sangat genting. Terdapat beberapa syarikat media lain seperti Media Prima dan Utusan yang dibelenggu kesulitan kewangan.