Artikel

MP Tasek Gelugor Kini Dilantik Selaku Timbalan Menteri Persekutuan

Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini telah memperkenankan pelantikan YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.

Untuk makluman, Datuk Shabudin juga turut memegang jawatan selaku Pengerusi baharu FELCRA Berhad yang merupakan sektor perladangan di bawah Kementerian Kewangan sejak 14 Mei 2020 lalu.

Kini pelantikannya selaku Timbalan Menteri Persekutuan adalah untuk menggantikan YB Dato’ Eddin Syazlee bin Shith yang mengambil alih portfolio Timbalan Menteri Kerja Raya susulan peletakan jawatan YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan YDPA telah diadakan pada hari ini, 6 Julai 2020.