Artikel

MP Tasek Gelugor Kini Pengerusi Baharu Felcra

Shabudin Yahaya kini telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan – Felcra Bhd, yang merupakan sektor perladangan di bawah Kementerian Kewangan.

Pelantikan Shabudin ke Felcra menunjukkan terdapat 30 ahli parlimen Bersatu kini dilantik pada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Untuk makluman, sebelum menceburi bidang politik, Shabudin adalah bekas Hakim Mahkamah Syariah.

Kini, beliau adalah Ahli Parlimen Tasek Gelugor – sebelum ini beliau telah meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu pada Februari 2019.