Artikel

Pengenalan Polisi e-KYC Bank Negara Bantu Tingkatkan Proses Kewangan Digital

Bank Negara Malaysia (BNM) semalam telah mengeluarkan polisi e-KYC (Know-Your-Customer) yang bertujuan mempercepat dan menyelaraskan amalan pemain industri dalam penggunaan kewangan.

Proses ini dilihat lebih mudah dengan penerapan teknologi e-KYC, proses mengenal pasti dan pengesahan pelanggan kewangan digital.

Ini adalah tindakan susulan BNM, di mana tahun lalu pihak mereka telah pun mengeluarkan draf garis panduan e-KYC kepada tatapan umum.

Penerapan teknologi e-KYC ini dilihat sejajar dengan usaha bank pusat untuk meluaskan penawaran perkhidmatan kewangan digital yang lebih besar.

Menurut BNM, e-KYC membolehkan on-boarding pelanggan digital berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Dengan pelaksanaannya, pelanggan tidak perlu lagi mengunjungi premis fizikal untuk membuka akaun.

Di samping peningkatan kemudahan pelanggan, e-KYC juga dapat menurunkan kos untuk pengguna dan penyedia. Ini dapat membantu meningkatkan persaingan dalam sektor kewangan dalam jangka masa panjang.

Tindakan pelaksanaan polisi ini juga sedikit sebanyak menyokong agenda negara pada pertumbuhan ekonomi digital.