Artikel

BNM Papar Garis Panduan E-KYC Bagi Pertukaran Wang Di Malaysia

Apa yang sedang berlaku: Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan draf bagi garis panduan e-KYC (Know Your Customer) kepada penukar wang di Malaysia. Pengenalan garis panduan ini telah dipaparkan pada tahun 2017 dan ia telah ditambahbaik untuk tahun 2019 ini.

Kenapa ini penting: Panduan ini telah menggariskan beberapa keperluan dan piawaian minimum kepada penukar wang yang berlesen untuk memenuhi kriteria sebelum pelaksanaan e-KYC diluluskan. Perihal ini perlu dipatuhi oleh setiap pelanggan. 

Kenapa sekarang: Tujuan pendedahan draf garis panduan e-KYC ini adalah sebagai langkah penelitian untuk setiap pelanggan. Di mana penggunaan e-KYC ini bakal digunakan secara menyeluruh pada seluruh industri perkhidmatan kewangan serta dompet digital.

Apa selepas ini: Turut dijangkakan bahawa garis panduan e-KYC bagi seluruh industri ini akan tersedia sebelum penerbitan rangka perbankan maya yang dijadualkan pada akhir tahun ini. Draf pendedahan sepenuhnya boleh didapati dibawah dan untuk sebarang maklum balas mesti dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia pada 8 September 2019.

Layari : Draf Garis Panduan e-KYC Bank Negara Malaysia