Artikel

300 Kakitangan Terima Notis Pemberhentian Pekerja – Media Prima

Media Prima bersama lima wakil kesatuan pekerja telah mencapai persetujuan perbincangan pada pelaksanaan transformasi perniagaan.

Di mana kira-kira 300 surat notis kakitangan telah dikeluarkan pada hari ini dan tarikh akhir kontrak pekerjaan mereka adalah pada 31 Julai 2020 kelak.

Untuk makluman kata sepakat ini telah dilakukan bagi memastikan segala proses yang melibatkan pekerja terjejas sebelum ini dapat diberi keutamaan. Di mana, segala mekanisma pampasan dapat dipenuhi dan dipersetujui oleh semua pihak.

Seperti yang umum ketahui, sebelum ini Media Prima telah mengumumkan untuk melakanakan fasa transformasi untuk perniagaan mereka. Namun disebabkan krisis COVID-19 – tindakan itu dipercepatkan bagi mengatasi permasalahan pengurusan kos dan pertindihan skop kerja.