Buat masa ini, pengambilan pekerja asing akan dibekukan sehingga hujung tahun 2020.
Kenyataan itu telah dikongsikan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berikutan untuk mengfokuskan kepada pengambilan pekerja warga tempatan.
Seperti yang umum ketahui sehingga April 2020, Malaysia telah mencatatkan kadar pengangguran lebih 600,000 individu.
Penutupan operasi bagi sebahagian besar syarikat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini telah memberikan kesan kepada peningkatan kadar pengangguran. Di mana, ramai individu mula kehilangan pekerjaan berikutan tangunggan kos operasi yang mulai tertunggak.
Apa yang lebih membimbangkan adalah peningkatan mencecah 3.9% tersebut turut dijangka meningkat. Terkini sehingga 14 Mei lalu – kadar pengangguran akan meningkat sehingga 5.5% dengan jumlah 860,000 individu menganggur.
Susulan itu, penumpuan peluang pekerjaan pada masyarakat negara perlu diutamakan.