Sejumlah RM9 bilion akan disalurkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan slogan Bersama Menjana Ekonomi bagi akan memanfaatkan seramai 3 juta tenaga pekerja pada permasalahan kadar pengangguran
Sebelum ini, Jabatan Perangkaan Malaysia telah menyatakan lebih 600,000 rakyat Malaysia bagi catatan sehingga April 2020 telah menganggur disebabkan pemberhentian pekerjaan. Namun kini, dijangka sehingga 14 Mei lalu – kadar pengangguran akan meningkat sehingga 5.5% dengan jumlah 860,000 individu menganggur.
Berikutan itu, terdapat beberapa inisiatif telah dilampirkan bagi mengatasi permasalahan ini. Antaranya adalah:
Program Subsidi Upah akan diperluaskan dengan jumlah peruntukan sehingga RM5 bilion akan disalurkan. Menerusi pelaksanaan ini sebelum ini ia telah berjaya menyelamatkan hampir 2.2 juta pekerjaan. Oleh itu, ada perluasan dana ia mampu mengurangkan kadar pengganguran.
Selain itu, Program Insentif Pengambilan Pekerja sejumlah RM1.5 bilion akan dilaksanakan. Melalui platform ini dijangka 300,000 pekerja akan memperoleh manfaat. Di mana pengambilan pekerja dibawah umur 40 tahun akan diberi sebanyak RM800 manakala, pegambilan pekerja di atas 40 tahun dan warga Orang Kelainan Upaya akan menerima RM1000. Tempoh insentif ini akan berlanjutan sehingga 6 bulan.
Malah Program Peningkatan Kemahiran Penganggur dan Belia juga akan diberikan sebanyak RM2 bilion. Menerusi inisiatif ini, dijangka 200,000 inidividu akan memperolehi manfaatnya.