Artikel

Perjalanan Rentas Negeri Dibenarkan Bermula 10 Jun 2020 – Kecuali Di Kawasan PKPD

Selari dengan pengumuman berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, kini kerajaan turut mengumumkan yang mana perjalanan rentas negeri akan dibenarkan bermula 10 Jun 2020 ini.

Ia sekaligus akan memudahkan rakyat untuk bergerak rentas negeri – termasuk bertemu dengan ahli keluarga lain yang telah terpisah sejak PKP dilaksanakan sejak 18 Mac 2020 lepas.

Aktiviti pelancongan domestik dalam negara juga akan dibenarkan bermula tarikh sama – sekaligus membantu ekonomi setempat, dan mengalakkan rakyat untuk berbelanja dan meningkatkan kembali aktiviti ekonomi.

Apa pun, perintah ini tidak tertakluk kepada kawasan yang diisytiharkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).