Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin hari ini telah mengumumkan yang mana Malaysia akan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakkan ke fasa seterusnya bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 kelak.
Fasa seterusnya ini akan dikenali dengan nama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Ini adalah fasa terbaru, sebelum fasa berikutnya untuk normalisasi dilaksanakan sehingga vaksin ditemui. Melalui fasa ini, lebih banyak sektor ekonomi akan dibuka, dan perniagaan akan beroperasi seperti sedia kala kembali.
Malah, aktiviti yang tidak dibenarkan sebelum ini seperti sosial, pendidikan, dan keagamaan akan dibenarkan kembali – tetapi tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan. Aktiviti seperti pasar terbuka, pasar malam, kedai gunting rambut, salon dan sebagainya akan dibenarkan operasi kembali. Malah, waktu operasi juga dibenarkan seperti pra-PKP sebelum ini.
Kerajaan turut menekankan yang mana fasa ini adalah diteruskan dalam usaha terus mengekang penularan wabak Covid-19 yang memperlihatkan penurunan drastik dikalangan rakyat Malaysia akhir-akhir ini. Apa pun, kerajaan mungkin mengaktifkan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan sekiranya sesuatu kawasan memperlihatkan penularan wabak Covid-19 ini.