Artikel

Program Subsidi Upah Kini Dilanjutkan Sehingga 3 Bulan

Kerajaan pada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kini telah bersetuju untuk memperluaskan Program Subsidi Upah dengan saluran dana sebanyak RM5 bilion.

Berikutan program ini mendapat sambutan baik oleh pekerja dan majikan, ia akan dilanjutkan selama 3 bulan ini.

Tindakan ini bagi membantu syarikat pada tempoh peralihan pembukaan semula ekonomi.

Peruntukan tersebut akan melalui fasa berperingkat di mana syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja diberikan.

Bagi majikan yang berminat, boleh membuat permohonan untuk Program Subsidi Upah ini melalui laman Perkeso di https://psu.perkeso.gov.my/.