Artikel

Lebih 20,000 Usahawan Terima Manfaat Berjumlah RM452 Juta – MEDAC

Sebelum ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) kini telah tampil dengan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi bagi membantu usahawan negara.

Sehubungan itu, dianggarkan sejumlah RM452.8 juta peruntukan memberi manfaat kepada lebih 21,847 penerima merangkumi usahawan mikro, perusahaan kecil sederhana, usahawan sosial, startup dan koperasi.

Terdapat dua fasa telah di bahagikan, iaitu fasa pertama adalah pada bulan Mei hingga Disember 2020 – RM230.1 juta peruntukan diperlukan, di mana RM175.79 juta adalah bagi melaksanakan 6 program baharu dan 10 program sedia ada yang akan menggunakan peruntukan sedia ada MEDAC dan agensi-agensi. Manakala, RM54.31 juta peruntukan tambahan diperlukan bagi melaksanakan 14 buah program baharu.

Untuk fasa kedua pula adalah pada Januari hingga Mei 2021 – RM222.69 juta peruntukan diperlukan merangkumi 19 program baharu dan 11 program sedia ada. Permohonan peruntukan ini telah dikemukakan oleh MEDAC dan agensi-agensi di bawahnya kepada Unit Perancang Ekonomi melalui permohonan peruntukan di bawah tempoh RMKe12.

Inisiatif yang sedang dan bakal dilaksanakan ini adalah sejajar dengan dasar Kerajaan bagi memastikan rakyat khususnya golongan usahawan sentiasa mendapat sokongan daripada MEDAC supaya urusan perniagaan mereka dapat beroperasi seperti biasa ketika PKP dilaksanakan.