Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) kini telah tampil dengan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi bagi membantu 20,000 usahawan negara.
Insentif ini terdiri daripada perusahan kecil dan sederhana (PKS), koperasi dan usahawan mikro.
Pelaksanaan pelan itu telah dibentangkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk mengukuhkan landskap operasi perniagaan para usahawan ketika krisis COVID-19 ini.
Setakat ini terdapat dua fasa dibawah pelan tersebut iaitu fasa pertama pada Mei hingga Disember dan Januari 2021 sehingga Mei 2021.
Pada pembentangan semalam, terdapat 30 program akan dijalankan dibawah pelan MEDAC ini.