Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pengguna agar tidak bimbang sebaik berikutan penyambungan semula pembacaan meter yang dihentikan sementara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac 2020 lalu.
Menurut Pengerusi TNB, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata pihaknya sedia maklum mengenai aduan bil tinggi yang diterima menerusi pembacaan bil fizikal yang disambung semula sejak 15 Mei 2020.
“Usah khuatir. TNB sentiasa berlaku adil dan sensitif dengan kegelisahan segelintir pengguna yang menerima bil sebegini.”
Semasa operasi pembacaan meter dihenti sementara, TNB mengeluarkan bil anggaran berdasarkan bil bulan sebelum PKP berkuatkuasa.
Tambahnya, pada 14 Mei 2020 TNB telah mengumumkan mengenai pakej pasca PKP merangkumi Pelan Bayaran Mudah (PBM), penangguhan surcaj lewat bayar (sehingga 30 September 2020) dan lanjutan penangguhan pemotongan bekalan (sehingga 31 Julai 2020).
Kesemua ini ditawarkan secara automatik kepada 7.5 juta pelanggan kediaman mereka.