Artikel

Pembukaan Sektor Ekonomi Dorong Peningkatan Harga Minyak Mentah AS

Harga minyak hari ini (6 Mei) menunjukkan peningkatan dari sebelumnya.

Ini didorong oleh penurunan kes postif COVID-19 dan pembukaan sektor ekonomi di beberapa buah negara.

Brent, penanda aras antarabangsa telah memaparkan peningkatan 0.45% kepada AS$31.11 setong. Peningkatan harga minyak bermula pada semalam sejak penurunan harganya pada pertengahan April lalu.

Manakala, penanda aras minyak AS – West Texas Intermediate (WTI) pula naik sebanyak 1.1% kepada AS$24.18 setong.

Seperti yang diketahui, sebelum ini sejarah telah menyaksikan harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) telah berubah kepada negatif $-37 setong pada bulan April lalu. Faktor utama penurunan tersebut adalah disebabkan pemintaan jatuh dan penutupan operasi perniagaan di seluruh dunia.

Namun pembukaan ekonomi sedikit sebanyak telah menghidupkan kembali nilai harga minyak mentah dunia. Terdapat juga tanda-tanda awal menunjukkan lebihan bekalan di pasaran mulai reda. Di mana, permintaan mula meningkat.

Genscape mengatakan awal minggu ini, stok depot minyak utama AS di Cushing, Oklahoma telah meningkat hanya 1.8 juta tong minggu lalu setelah beberapa minggu kenaikan besar.