Artikel

Minyak Mentah AS Jatuh, Catat Paras Negatif -$37 Setong

Hari ini (21 April), sejarah telah menyaksikan harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) telah berubah kepada negatif, untuk pertama kalinya.

West Texas Intermediate (WTI), penanda aras minyak AS telah mencatatkan harga setong minyak mentah jatuh sehingga negatif, iaitu – $37.63 setong.

Ini kerana pelbagai firma minyak terpaksa menyewa kapal tangki untuk menyimpan lebihan bekalan dan memaksa harga minyak AS, jatuh negatif.

Selain itu, pemintaan komoditi yang semakin menyusut, disebabkan penularan COVID-19 pada seluruh negara juga menjadi faktor kejatuhan.

Sementara itu, Brent Crude – penanda aras yang digunakan oleh Eropah dan seluruh dunia, juga mencatatkan kejatuhan, di mana turun 8.9% pada harga kurang dari $ 26 setong.

Menurut Stewart Glickman, penganalisis ekuiti tenaga di penyelidikan CFRA mengatakan catatan ini adalah peringatan akan tekanan yang dihadapi oleh pasaran minyak.

Ia juga dilihat sebagai amaran bahawa harga bulan Jun juga boleh turun, sekiranya perkara ini berterusan.

“Saya benar-benar tidak optimis mengenai prospek syarikat minyak atau harga minyak,” katanya.

Awal bulan ini, anggota Opec dan sekutunya telah bersetuju dengan perjanjian rekod untuk mengurangkan pengeluaran global sekitar 10%.

Perjanjian itu merupakan pemotongan terbesar dalam pengeluaran minyak yang pernah dipersetujui.

Bagaimanapun, ramai penganalisis mengatakan pemotongan itu tidak cukup besar untuk membuat perbezaan.