Ramadan bagi tahun 2020, menjadikan pembayaran dalam talian atau nirtunai bagi zakat fitrah sebuah keperluan buat semua.
Beberapa operator pembayaran zakat tunai telahpun mempromosikan perkhidmatan mereka untuk pengguna membuat bayaran zakat fitrah secara atas talian.
Pusat Pungutan Zakat MAIWP sebagai contoh telah memperkenalkan perkhidmatan ini kepada orang ramai. Pengguna hanya perlu pergi ke laman sesawang mereka, dan memilih ‘bayar zakat’ serta ikuti arahan seterusnya.
Pusat pungutan zakat negeri-negeri lain pula seperti di Selangor, Pulau Pinang dan sebagainya juga mempunyai arahan yang sama.
Selain itu, perbankan atas talian juga mempunyai pilihan yang sama.
Seperti contoh, Maybank2u mempunyai pilihan ‘payment’ dan ‘transfers’ di mana pengguna boleh memilih salah satu dari pilihan ini, dan terus pilih pusat zakat negeri yang sesuai. Kemudian, pengguna boleh gunakan ‘drop down’ menu dan pilih jenis zakat apa yang sesuai (contohnya pilih ‘zakat fitrah’). Pengguna boleh memasuki amaun yang sesuai (RM7 setiap seorang, atau RM14 dan RM21 seorang berdasarkan pilihan harga beras).
Pengguna boleh memasuki amaun bagi diri mereka, mahupun tanggungan mereka, kerana amaun yang dipilih adalah terbuka. Ini bermakna pengguna boleh memasukkan apa-apa angka ke dalam pemilihan mereka.
Selain badan-badan di atas, MyEG juga menawarkan perkhidmatan pembayaran zakat fitrah atas talian.