Ketika negara sedang mematuhi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai pihak mula menawarkan kemudahan perkhidmatan menerusi atas talian. Termasuklah perkhidmatan pembayaran zakat fitrah secara atas talian.
Sempena kedatangan Ramadan tahun ini, MY E.G Servies Berhad (MYEG) selaku peneraju perkhidmatan e-Kerajaan amat berbesar hati dengan penyertaan enam agensi negeri bagi memudahkan individu untuk menunaikan zakat fitrah secara atas talian ataupun nirtunai (tanpa tunai).
Bermula 24 April ini sehingga 23 Mei kelak, operasi pembayaran zakat fitrah akan dibuka.
Ini adalah senarai enam agensi zakat terlibat bersama kadar bayaran zakat fitrah mereka:
- Lembaga Zakat Selangor (LZS) – RM7, RM14, RM21
- Pusat Pungutan Zakat-Majils Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) – RM5, RM7
- Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMAINS) – RM7
- Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) –RM5: RM7, RM14, RM21
- Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) – RM6, RM7.50
- Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) – RM7
Pembayaran boleh dilakukan sama ada menerusi kaedah perbankan dalam talian atau kad kredit pada pautan www.myeg.com.my. Bagi pengguna android, aplikasi MYEG ini boleh dimuat turun pada Google Play.