Artikel

RM5.2 Bilion Telah Disalurkan Kepada 7.6 Juta Penerima BPN Fasa Pertama

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi datanya mengatakan sehingga 19 April lalu – seramai 1.2 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) golongan M40 iaitu berpendapatan sederhana telah menerima bantuan tunai tersebut.

Sejumlah RM480 juta telah dikreditkan pada akaun isi rumah dan individu M40 untuk fasa ini.

Sebelum ini, pada 12 April lalu MOF telah mengesahkan seramai 6.6 juta isu rumah dan individu B40 telah menerima bantuan tunai tersebut.

Kini secara keseluruhannya di bawah fasa pertama BPN, lebih RM5.2 bilion telah dibayar kepada 7.6 juta penerima.

MOF mengatakan fasa kedua bagi pembayaran BPN akan mula disalurkan pada bulan hadapan, Mei 2020.

Manakala, bagi permohonan rayuan pula – sehingga 20 April 2020, lebih 3 juta permohonan baharu dan rayuan telah diterima. Pegawai di LHDN sedang berusaha sedaya-upaya untuk mengesah dan menyemak maklumat.