Artikel

6.6 Juta Isi Rumah, Individu – Telah Menerima Bayaran BPN Berjumlah RM4.9 Bilion

Baru-baru ini, Kementerian Kewangan (MOF) telah mempercepatkan proses pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada hujung bulan April kepada 6 April 2020.

Susulan proses yang lebih cepat itu, MOF menerusi datanya mengatakan sehingga 12 April lalu – seramai 3.2 juta (96.6%) isu rumah kelas B40 telah menerima pembayaran BPN.

Manakala, bagi pembayaran individu B40 pula, seramai 3.4 juta (92.3%) telah menerima pembayaran berjumlah RM1.7 bilion masing-masing.

Keseluruhan pembayaran isi rumah dan individu B40 ini adalah berjumlah RM4.9 bilion.

Bagi fasa seterusnya, akan dikemaskini semula oleh pihak MOF.