Sebelum ini, Dr. Nungsari Ahmad Radhi telah meletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi di Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) pada 3 April lalu.
Menurut laporan New Straits Times, Nungsari telah mengesahkan pengunduran dirinya selaku Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada hari ini (20 April).
Tindakan peletakan jawatan tersebut telah dilakukan sejak 10 April lalu, sewaktu ulang tahunnya ke 60 tahun.
“Kerajaan sekarang memecat saya dari Majlis Amanah Mara dan meminta saya mengundurkan diri dari Khazanah Research Institute.
“(Ini) janji dibuat oleh pemerintah sebelumnya. Jadi wajar juga saya mengundurkan diri dari Mavcom,” katanya.
Untuk makluman umum, Nungsari telah memiliki pengalaman 30 tahun dalam industri, akademik, penasihat korporat, penyelidikan ekonomi dan advokasi dasar.
Seterusnya, turut dilaporkan juga bahawa Nungsari telah bersetuju untuk mengambil potongan gaji yang besar dengan pengurangan lebih 80 peratus dalam pakej gaji bulanan, yang ditetapkan pada RM15,000, atau pengurangan RM70,000 dalam gaji bulanan yang diperoleh oleh pendahulunya, Tan Sri Abdullah Ahmad.
Ditanya mengenai nasib Mavcom sebelum pengunduran diri secara tiba-tiba, dia mengatakan bahawa suruhanjaya itu akan menumpukan pada strategi pasca COVID-19 di sektor penerbangan tempatan.