Sebelum ini terdapat perkhabaran bahawa Tan Sri Abdul Wahid Omar akan dilantik selaku Pengerusi baharu Bursa Malaysia Bhd.
Hari ini (17 April) menerusi ciapan Twitter Bernama, mengesahkan TS Abdul Wahid akan dilantik selaku Pengerusi Bukan Eksekutif mulai 1 Mei 2020 ini.
Wahid Omar appointed as Bursa Malaysia's Non-Executive Chairman wef May 1 pic.twitter.com/ONbifANyCl
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 17, 2020
Menerusi perkhidmatan selama 17 tahun, TS Abdul Wahid sememangnya individu yang tidak asing lagi pada arena korporat tempatan.
Umum ketahui beliau pernah memegang jawatan selaku Pengerusi PNB pada 2016 hingga 2018.
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Malayan Banking Bhd dan Telekom Malaysia Bhd.