Menurut laporan The Edge semalam (16 April), dikhabarkan Tan Sri Abdul Wahid Omar, bekas pengerusi Permodalan Nasional Bhd, telah disebut sebagai bakal Pengerusi Bursa Malaysia Bhd yang baharu.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut enggan diulas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift.
Abdul Wahid tidak asing lagi dalam arena korporat tempatan kerana beliau sebelum ini pernah memegang jawatan dalam Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan, iaitu Malayan Banking Bhd dan Telekom Malaysia Bhd.
Malah, umum ketahui beliau telah mengundurkan diri dari lembaga PNB pada bulan Jun 2018, sebulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14, dengan mantan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengambil alih jawatan itu.
Pada akhir 2018 pula, beliau telah dilantik sebagai Ketua Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memegang jawatan itu dari November 2018 hingga Oktober 2021.