Artikel

Pengguna Gagal Akses Permohonan, Laman Web MITI Masih Tergendala

Semalam (13 April) terdapat maklum balas berkenaan kegagalan untuk mengakses pada laman web rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi permohonan syarikat yang terpilih untuk beroperasi bagi fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, permasalahan yang sama masih berlaku pada hari ini (14 April). Di mana, percubaan untuk mengakses laman tersebut masih lagi gagal.

Difahamkan pengguna gagal untuk menghantar permohonan dan perolehi mesej ralat daripada laman tersebut.

MITI membuat permohonan maaf dan sedang berusaha memperbaiki sistem permohonan mereka.

MITI sebelum ini telah memberi makluman bahawa kepada perniagaan yang ingin memohon kelulusan beroperasi, boleh dilakukan pada jam 9 pagi semalam.