Artikel

Laman MITI Tergendala, Setakat Ini 100,000 Permohonan Telah Diterima

Percubaan untuk mengakses laman web rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini (13 April) dilihat tergendala disebabkan kesesakan laman web mereka.

Ini berikutan pembukaan permohonan bagi perniagaan yang terpilih untuk beroperasi pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan paparan mesej ralat sewaktu pengguna cuba mememasuki laman tersebut.

Menurut salah seorang pengguna Twitter Pan Yau Seng, memberi komen bahawa MITI seharusnya menjangkakan jumlah kemasukan pengguna pada laman tersebut. Kapasiti yang lebih besar pada pelayar harus disediakan.

Bagaimanapun, MITI membuat permohonan maaf susulan kesesakan trafik pada laman web mereka.

MITI sebelum ini telah memberi makluman bahawa kepada perniagaan yang ingin memohon kelulusan beroperasi, boleh dilakukan pada jam 9 pagi tadi.


Syarikat yang igin memohon dikehendaki menyediakan maklumat terperinci berikut:

  •  Butiran pendaftaran syarikat termasuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); nombor lesen keutamaan dan nombor lesen pihak berkuasa tempatan;
  • Alamat surat-menyurat dan operasi syarikat. Sebuah syarikat boleh menyenaraikan sehingga 10 alamat operasi;
  • Anggaran hasil syarikat untuk 2017,2018 dan 2019 dan;
  • Jumlah pekerja tetap syarikat, termasuk nama, nombor kad pengenalan dan nombor kenalan setiap pekerja dan apa-apa maklumat pengenalan lain dan sifat atau skop kerja di syarikat.