Artikel

WeWork Saman SoftBank, Dakwa Gagal Patuhi Perjanjian Tender RM13 Bilion

Tahun lalu, SoftBank telah membuat tawaran tender untuk membeli saham WeWork pada harga yang dipersetujui untuk menyelamatkan syarikat itu selepas selepas kegagalan IPO.

Namun, kini Lembaga Jawatankuasa Khas WeWork telah menyaman SoftBank selepas mereka menarik kembali tawaran tender berjumlah RM13 bilion (AS $ 3 bilion) itu.

WeWork mendakwa bahawa SoftBank telah melanggar tanggungjawabnya di bawah perjanjian mereka, kepada pemegang saham minoriti WeWork dengan gagal mematuhi tawaran tersebut.

SoftBank dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Masayoshi Son, dikatakan dengan sengaja mengusahakan transaksi berasingan kepada pelabur minoriti WeWork di China.

Bagaimanapun, wakil SoftBank menafikan dakwaan tersebut, kerana pihaknya ingin meneliti semula perjanjian tersebut. 

Malah, SoftBank mengatakan pihaknya sentiasa memberi tumpuan kepada operasi WeWork, di mana pihaknya telah melabur lebih daripada RM21.7 bilion kepada syarikat tersebut sejak Oktober 2019. 

SoftBank turut menegaskan tindakan mereka tidak akan memberi kesan kepada operasi WeWork, pelanggan, perniagaan dan rancangan strategik lima tahun, atau kepada pekerja semasa WeWork.