Artikel

SoftBank Kini Memiliki 80% Pegangan Operasi WeWork

SoftBank Group umum pengambilalihan operasi WeWork.

Syarikat tersebut turut akan menyediakan pembiayaan baharu berjumlah AS$5 bilion dan sehingga AS$3 bilion bagi tawaran tender kepada para pelabur, pemegang saham yang sedia ada dan termasuklah Adam Neumann.

Ia juga mencadangkan untuk mempercepatkan komitmen ekuiti AS$1.5 bilion kepada WeWork dalam bentuk waran.

Menurut laporan Reuters, difahamkan Wework akan mengalami kerugian pada bulan hadapan sekiranya mereka masih tidak memperolehi sebarang pembiayaan baharu. 

Pada asalnya penilaian syarikat telah ditetapkan pada nilai AS$47 bilion bagi Januari lalu, namun hasil rundingan semula, nilai syarikat tersebut telah berubah kepada AS$7.5 bilion hingga AS$ 8 bilion.

Neumann dikatakan memperolehi AS$1.7 bilion, hasil pertukaran perjanjian bagi meletakan jawatannya selaku pengerusi dan melepaskan pegangannya pada WeWork. 

Berdasarkan hasil tawaran tender, SoftBank telah memiliki  80% pegangan dalam operasi WeWork. 

Turut difahamkan, Ketua Pegawai Operasi SoftBank Marcelo Claure akan menggantikan Neumann sebagai pengerusi baharu WeWork. Manakala, Neumman akan bertindak selaku penasihat operasi WeWork.