Presiden Permodalan Nasional Berhad (PNB), Jalil Rasheed tidak setuju sama sekali atas cadangan untuk menggantung Bursa Malaysia, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlansung, seperti mana dicadangkan oleh ASCM.
Syarikat Broker Saham Malaysia (ASCM) sebelum ini telah menggesa Kerajaan Malaysia untuk menggantung perdagangan Bursa Malaysia Securities.
“Idea buruk. Lihat apa yang berlaku di Filipina, mereka terpaksa membuka semula dan jatuh merudum, sekali dengan pasaran bon dan mata wang sekali,” kata Jalil melalui status instagram beliau.
“Kita tidak boleh membatalkan sesuatu hanya kerana ia dilihat sukar. Ia hanya melambatkan perkara yang tidak dapat dielakkan, bukan menghentikannya,” tambah beliau lagi.
Beliau juga menegur ASCM untuk tidak melibatkan PNB dalam mana-mana kenyataan mereka.
“…Dan tolonglah, berhenti bercakap bagi pihak kami, saya tidak bersetuju dengan pandangan ini,” kata Jalil lagi.
Baca Artikel Ini: ASCM Gesa Kerajaan Gantung Bursa Malaysia Buat Sementara Waktu