Akhbar Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan jualan perniagaan Tesco di Malaysia dianggarkan akan bernilai diantara RM6 dan RM8 bilion (AS$1.5-2.0 bilion).
Tesco juga dilaporkan akan menjual perniagaan mereka di Thailand, yang dianggarkan bernilai RM28 bilion (AS$7 bilion).
Penjualan operasi Tesco di Asia merupakan salah satu inisiatif syarikat runcit yang berasal dari Britain itu untuk mengecilkan seluruh perniagaan mereka di seluruh dunia, berikutan kelembapan ekonomi setempat di Britain, dan juga di Eropah, secara menyeluruh.
Sebelum ini, Rnggt melaporkan pada tahun lepas bahawa Tesco akan menjual rangkaian perniagaan mereka di Malaysia dan Thailand.
Menurut WSJ, bidaan untuk membeli Tesco dijangka akan dilengkapkan pada pertengahan bulan Januari 2020.
Penjualan aset Tesco di Asia akan membolehkan syarikat itu untuk menumpukan perhatian pada pasaran domestik di Britain, di mana ianya sedang mengalami tekanan dari pesaing tempatan mereka, terutamanya dari Amazon.com dan dari Kumpulan Ocado.
Sebelum ini, Tesco telah menjual perniagaan mereka di Jepun, AS, dan Korea Selatan sejak tahun 2011. Perniagaan mereka di China juga telah menguncup secara ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Tesco dilaporkan mempunyai 74 rangkaian kedai di Malaysia, pada akhir tahun 2019.