Artikel

Tesco Akhiri Jualan Di Malaysia Buat Selama-Lamanya?

Tesco kini berada dalam situasi di mana mereka mungkin akan keluar perniagaan di Malaysia dan Thailand.

Menurut sumber syarikat itu, mereka mengesahkan kepada akhbar Reuters bahawa Tesco sedang menilai beberapa cadangan untuk memperbaiki keadaan perniagaan mereka, dan ini termasuk kemungkinan keluar dari pasaran Malaysia.

“Tesco mengesahkan bahawa terdapat pihak yang mungkin minat untuk membeli perniagaan kami di Thailand dan Malaysia,” kata sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Tesco dan dilaporkan oleh Reuters pagi Isnin 9 Disember.

“Tiada keputusan berkenaan masa depan Tesco di Thailand atau Malaysia buat masa ini,” tambah kenyataan itu lagi.

Setakat ini Tesco memiliki 74 cawangan di Malaysia dan 1,967 cawangan di Thailand. 

Sekiranya benar operasi Tesco di Asia akan dihentikan, secara tidak langsung tindakan ini akan menjejaskan operasi mereka di Republik Czech, Poland, Slovakia dan Hungary. 

Jualan bahagian tengah Eropah tersebut bakal mengalami kemerosotan.