Namun, tiada lagi kemasukan kenderaan empat roda seperti kereta selaku penumpang perkhidmatan tersebut.
Setakat ini, feri sedia ada akan digunakan untuk membawa motosikal, basikal dan beca sahaja.
Itu bermakna bagi penumpang pejalan kaki pula ia akan diasingkan kepada perkhidmatan baharu feri bot laju Pulau Pinang.
Apa yang menarik, feri tersebut bakal menawarkan tambang percuma kepada para penumpang pejalan kaki selama 2 minggu, bermula 1 Januari 2021 ini.
Selain tawaran tambang percuma, kerajaan negeri juga akan menaiktaraf feri sedia ada dengan mengambilkira faktor keselamatan, daya tahan serta keselesaan penumpang.
Setakat ini, kadar tambang feri masih lagiĀ kekal seperti biasa
Usaha ini sebagai langkah memastikan simbolik dan ikonik negara ini mampu dikeklkan sebagai warisan Malaysia.