Artikel

Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Tidak Akan Ditamatkan, Operasi Kekal Diteruskan

Sebelum ini, perkhidmatan feri Pulau Pinang akan dihentikan pada 1 Januari 2021 – namun ternyata perkara tersebut tidak akan berlaku.

Ini kerana Tengku Zafrul, Menteri Kewangan telah memaklumkan pada sidang Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan RM30 juta kepada Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengambil alih perkhidmatan tersebut.

Peruntukan tersebut akan dilakukan secara dua ansuran iaitu RM15 juta pada 2021 dibawah kelulusan Rang Undang-Undang Perbekalan, manakala baki RM15 juta pula akan disediakan oleh kerajaan.

Tindakan ini kerana, kerajaan memperlihatkan perkhidmatan tersebut sebagai sebuah simbolik dan ikonik buat warisan negara.