Artikel

Meskipun Sektor Ekonomi Gig Meningkat – Pekerja Masih Berdepan Cabaran Isu Faedah Dan Gaji

Walaupun sektor ekonomi gig negara dilihat menjadi tumpuan meningkatkan pendapatan individu, namun para pekerja dianggap akan kekal berdepan masalah berhubung gaji dan isu faedah keselamatan, kesihatan mereka.

Kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu jelas menunjukkan isu tersebut akan terus di alami oleh para pekerja ekonomi gig. Ini kerana isu tersebut bergantung kepada permintaan para pembeli dan faedah pula bergantung kepada entiti yang menguruskan kebajikan mereka.

Untuk makluman, ekonomi gig di Malaysia merangkumi sektor perkhidmatan seperti pengangkutan, makanan dan minuman, penginapan, perdagangan borong dan runcit, pengeluaran makanan, pakaian, dan kemahiran kreatif.

Menyedari hakikat itu, DOSM menyatakan pengembangan sektor pekerja gig yang lebih baik perlu dilaksanakan bagi menjamin kedudukan dan hak mereka. Perkara itu memerlukan sumber yang lebih luas selain data tinjauan, antara lain melalui maklumat rekod pentadbiran dari pelbagai agensi yang terlibat dengan ekonomi gig.

Oleh itu kerjasama semua pihak penting dalam menangani perkara tersebut.

Malah, turut dijangka penglibatan individu pada sektor ekonomi gig pada tahun ini lebih meningkat berbanding tahun lalu – ketika ini hampir 4 juta tenaga kerja di Malaysia telah terbentuk daripada sektor ekonomi gig.

Antara faktor yang mendorong kepada peningkatan tersebut adalah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pemberhentian pekerja.