Artikel

Sekitar 85,901 Perniagaan Baharu Telah Berdaftar Dibawah SSM

Penglibatan tersebut telah didorong hasil sokongan pakej rangsangan yang diketengahkan oleh kerajaan.

Menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – angka pendaftaran perniagaan baharu pada September tahun ini dilihat lebih tinggi berbanding tahun lalu yang sekadar 76,443 syarikat sahaja.

Antara lain yang turut terlibat dalam galakkan inisiatif ini adalah Bank Negara Malaysia (BNM), SME Corp, Perbadanan Usahawan Nasional, Bank Simpanan Nasional serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Kemudahan pinjaman, serta permohonan geran sekaligus telah menarik perhatian usahawan baru untuk bergiat secara aktif.

Sebelum ini SSM pernah memaklumkan angka penutupan operasi mencatatkan sekitar 31,190 premis perniagaan. Sementara itu, pihaknya turut akan mengambil langkah susulan membatalkan syarikat yang tidak lagi aktif.

Selaras dengan seksyen 551 Akta Syarikat 2016, pemberitahun notis akan diberikan kepada syarikat ang tidak lagi aktif.

Meskipun SSM mengatakan lebih 31,000 premis mulai ditutup – namun sebelum ini sebanyak 50,269 perniagaan telah menutup operasi. Data itu merangkumi Mac hingga Ogos 2020.