Kerajaan negeri Sarawak telah pun dalam perancangan untuk hadir dengan sejumlah perkhidmatan yang dimiliki sendiri. Antara yang telah diperkatakan adalah termasuk perancangan untuk mempunyai bank digital tersendiri, selain syarikat telekomunikasi.
Selain itu, kerajaan negeri Sarawak juga kini sedang meneliti perancangan untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri.
Buat masa ini, Sarawak masih mengkaji untuk keperluan memiliki syarikat penerbangan sendiri. Ia boleh menghubungkan antara lokasi lain seperti Hong Kong, Korea Selatan, Jepun dan juga Australia.
Ia juga secara tidak langsung akan menjadikan Sarawak sebagai lokasi pelancongan dan juga pintu masuk antarabangsa.