Artikel

Sarawak Dalam Proses Untuk Dapatkan Lesen Perbankan Digital Daripada BNM

Beberapa pihak telah mengemukakan hasrat untuk memulakan perkhidmatan bank digital mereka tersendiri di Malaysia, dan kini turut tidak ketinggalan adalah kerajaan negeri Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg mengatakan mereka telah mengemukakan minat untuk mendapatkan lesen bank digital di negeri tersebut daripada Bank Negara Malaysia (BNM)

Kerajaan negeri Sarawak akan bekerjasama dengan syarikat teknologi dan juga bank tempatan yang dibenarkan untuk menubuhkan sistem bank digital yang telus dan dinamik.

Seperti ramai sedia maklum, pada masa kini, ekonomi digital berkembang pesat, dan ramai generasi muda lebih selesa berinteraksi dan mengawal perbelanjaan menggunakan peranti pintar masing-masing. Dengan populariti transaksi nirtunai dan lain-lain, langkah seterusnya adalah penubuhan bank digital.

Selain kerajaan negeri Sarawak, antara syarikat lain yang berminat untuk mendapatkan lesen bank digital di Malaysia adalah termasuk AirAsia, Axiata, CIMB, Grab dan juga Razer.