Artikel

Disney Akan Membuang 32,000 Pekerja Taman Tema

Disney kini merancang untuk membuang sekitar 32,000 pekerja mereka – terutamanya dari perniagaan taman tema dibawah Disney menjelang pertengahan pertama 2021 kealk.

Angka terbaru ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 4000 orang pekerja berbanding sebelum ini, iaitu seramai 28,000 pekerja.

Seperti ramai sedia maklum, disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, perniagaan taman tema menerima impak tinggi, dan tidak beroperasi untuk tempoh yang lama. Ini sekaligus memberikan impak terhadap pendapatan Disney. Taman tema popular dibawah mereka, Disneyland telah pun tertutup sejak bulan Mac lepas.

Walaupun berkemungkinan ia boleh beroperasi kelak, namun, pendapatan untuk perniagaan taman tema dijangka tidak akan mencapai seperti sedia kala dalam tempoh setahun dua – sehingga penularan Covid-19 dapat dikekang sepenuhnya.