Artikel

Disney Menghentikan 28,000 Pekerja Taman Tema

Disney kini dilaporkan telah menghentikan sekitar 28,000 pekerja pada sektor taman tema – iaitu sekitar 25% daripada pekerja bahagian taman tema mereka.

Seperti ramai sedia maklum, disebabkan penularan Covid-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan, pelbagai sektor yang tidak boleh beroperasi dan terpaksa menanggung kerugian – termasuk taman tema.

Perniagaan taman tema dijangka akan terus mengalami kesukaran untuk menarik pengguna untuk ke sana. Walaupun ia dibenarkan untuk beroperasi, namun mungkin orang ramai masih tidak selesa untuk ke taman tema dalam masa setahun dua ini.