Artikel

Sekolah Menengah Teknik Kini Dijenamakan – Jadi Sekolah Berasrama Penuh Teknikal

Selari dengan matlamat menambahbaik Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Pasaran semasa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini menjenamakan semula semua 9 Sekolah Menengah Teknik (SMT) kepada status Sekolah Berasrama Penuh Teknikal (SBP-T).

Dengan perubahan status itu, ini bermakna 9 sekolah berkenan kini tertakluk i bawah pentadbiran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP).

Usaha ini akan memberi fokus kepada kecemerlangan akademik dan teknikal berprestasi tinggi, sekali gus meletakkan status SBP-T setaraf dengan sekolah berasrama penuh (SBP) sedia ada di seluruh Malaysia. Buat pengetahuan, ini senarai sekolah terlibat:

  • SMT Alor Setar – Kedah
  • SMT Tunku Abdul Rahman Putra – Pulau Pinang
  • SMT Cheras – Kuala Lumpur
  • SMT Tuanku Jaa’far – Negeri Sembilan
  • SMT Bukit Piatu – Melaka
  • SMT Kuala Terengganu – Terengganu
  • SMT Kuantan – Pahang
  • SMT Johor Bahru – Johor
  • SMT Sejingkat – Sarawak