Selari dengan matlamat menambahbaik Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Pasaran semasa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini menjenamakan semula semua 9 Sekolah Menengah Teknik (SMT) kepada status Sekolah Berasrama Penuh Teknikal (SBP-T).
Dengan perubahan status itu, ini bermakna 9 sekolah berkenan kini tertakluk i bawah pentadbiran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP).
Usaha ini akan memberi fokus kepada kecemerlangan akademik dan teknikal berprestasi tinggi, sekali gus meletakkan status SBP-T setaraf dengan sekolah berasrama penuh (SBP) sedia ada di seluruh Malaysia. Buat pengetahuan, ini senarai sekolah terlibat:
- SMT Alor Setar – Kedah
- SMT Tunku Abdul Rahman Putra – Pulau Pinang
- SMT Cheras – Kuala Lumpur
- SMT Tuanku Jaa’far – Negeri Sembilan
- SMT Bukit Piatu – Melaka
- SMT Kuala Terengganu – Terengganu
- SMT Kuantan – Pahang
- SMT Johor Bahru – Johor
- SMT Sejingkat – Sarawak